Thursday, January 8, 2009

_CinTa LeLaKi_

Hhmm.lame blog aku nie menyepi, Alhmdlillah ari nie bwu ade mase nak bukak n post..aku ade t'bce pasal cinta seorg insan yg bernama lelaki...so aku nak kongsi dgn yg sudi...renung2 kan dan selamat beramal..hehe.. (",)

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.

Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

1.Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

2.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

3.Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

4.Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

5.Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

6.Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

7.Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

8.Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

9.Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

10.Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

11.Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

12.Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.


-cukup r wat mase nie...aku nak g tunaikan kwjpn aku nie, dah nak msk zohor..n then nak tito jap...ready nak wat mat mlm nie...need a really gud rest...mlm nie pas mgrb de yassin wing...hhm....xpe2...ptot aku g blajar mat ngn adi kat library tp die pun ade perjumpaan PPP mlm nie..so, len kali je r...hehe..k r Da~

No comments: